Welcome

Get Gifs at CodemySpace.com

Friday, July 5, 2013

Tamat Sudah.....

Yeaah!!

Hey..sori for late sharing.

Setelah 4 tahun mengharungi suka duka bergelar pelajar separuh masa, akhirnya kini bergelar alumni Uitm buat kedua kalinya. Tarikh konvokesyen adalah pada 12 Mei 2013 selepas seminggu dari tarikh pilihanraya umum..

One more great moment is, aku juga selamat melahirkan bayi perempuan pada 09 April 2013. Jadi kali ni dapat aku merakamkan moment yang istimewa bersama keluarga pada hari konvokesyen tersebut.

MASTER SAINS PENTADBIRAN

Pada sebulan selepas tarikh konvokesyen, aku menerima SMS dari pihak IPSIS Uitm mengenai tawaran interview ke program postgraduate. Aku diminta untuk menyiapkan initial proposal untuk 15 - 20 page tapi rasa tak sempat + kurang rajin jadi aku anggap next time la. Aku memang excited untuk menghadiri temuduga tersebut, namun terpaksa menyimpan hasrat untuk terus menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Mana taknya, dahla baru bersalin sanggup ke lagi menanggung kepayahan belajar sambil perlu menjadi ibu kepada anak yang baru lahir. Bising laki aku..KATANYA, nak sambung master tunggu 2 tahun lagi..Dahtu, takde pepe la..

Pun begitu, dalam diam-diam aku tetap usha peluang untuk sambung belajar di U lain seperti UPM ke UKM ke, UIA ke, apa-apala janji aku dapat kepuasan dan sesuatu sekiranya sambung belajar lagi. Sempat jugak berangan kalaula dapat sambung belajar dengan cuti gaji penuh..tapi ada ke orang nak bagi..Apa yang aku nampak, kakitangan awam dibawah Kementerian Pelajaran/Pengajian tinggi saja yang ada peluang terbuka tersebut..kan..kan..kan..? Correct me if i am wrong..

Daaaaaaaaa

Wednesday, July 18, 2012

Cuti semester bermula

Yes..akhirnya peperiksaan akhir bagi semester kali ini telah berakhir pada hari Ahad (14 Julai 2012) yang lalu..Bayangkan hidup tak tenang selagi tidak mengadap kesemua paper akhir. Walaupun istilah cuti semester adalah indah bagi pelajar full time, tapi tidak bagi mereka yang bekerja. Bezanya, cuti semester memberi lebih ruang untuk fokus kepada keluarga, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Biasanya pada hujung minggu dihabiskan untuk belajar dan menghadiri kelas, sekurang-kurangnya cuti semester dapat memberi seribu kelegaan kepada saya..

Antara aktiviti yang dapat dilakukan ialah mengaktifkan blog ini dengan pengisian yang lebih bermakna..Suka sebenarnya untuk saya berkongsi kepada mereka yang berhasrat untuk menjadi student epjj di Uitm..

Sesi kuliah...epjj

Hai...

Kali ini saya berkongsi bersama-sama kepada anda bakal pelajar epjj Uitm amnya..
Bermula pertengahan tahun 2010, sesi kuliah bagi setiap semester telah dibahagikan kepada 3 sesi pada setiap tahun berbanding dengan 2 kali sebelumnya..Pada kebiasaannya sesi semester baru akan bermula contohnya pada Disember 2010 dan berakhir pada bulan April tahun berikutnya.

Walaubagaimanapun, bagi memberi banyak peluang kepada ramai bakal pelajar bumiputera, kini pelajar akan memulakan sesi semester baru bermula pada September 2011 dan berakhir pada Januari 2012. Kemudian semester kembali pada Mac 2012 sehingga Julai 2012 dan seterusnya pada September 2012 sehingga Januari 2013. Sejujurnya saya lebih suka dengan sesi pembelajaran sekarang kerana masa cuti semester tidak terlalu panjang..So, masa tidak terbuang begitu sahaja...dan yang paling penting dapat cepat menamatkan pengajian..InsyaAllah.

Untuk pengetahuan you all, sesi kuliah dibahagikan kepada dua sesi. Setiap sesi akan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 6.15 petang. Setiap satu sesi akan dibahagikan untuk empat (4) kelas yang berbeza. Ini bermakna bagi dua (2) sesi yang diadakan, ia adalah lengkap untuk lapan (8) sabjek. Sebagai pelajar epjj kita tidak dibenarkan untuk mengambil sabjek tidak lebih dari 16 jam kredit. Dalam erti kata lain kita hanya layak mengambil 5-6 sabjek bagi setiap semester. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada fasilitator dan pihak fakulti.(Boleh dirujuk kepada peraturan-peraturan baru) 
Bagi setiap sesi biasanya akan diadakan 5-6 pertemuan bagi melengkapkan kesemua topik/silibus bagi sabjek tersebut. Setiap sesi akan diadakan pada setiap minggu berselang-seli. Ini bermakna, sekiranya sabjek yang diambil terdapat dalam dua sesi yang berbeza, you all perlu menghadiri kelas pada setiap hujung minggu. Selain itu, pihak fakulti/Ined juga akan mengadakan kelas intensif bagi membantu pelajar menghadapi sabjek-sabjek yang dirasakan killer subject. Ia adalah tidak diwajibkan namun digalakkan untuk hadir.
















Wednesday, April 4, 2012

epjj dan Best Student.? it is possible?

hai jumpa lagi...

     Tentu itu adalah satu persoalan yang pernah terlintas di kepala anda semua tentang kemungkinan untuk menjadi best student apabila belajar separuh masa kan? Adakah ia hanya angan-angan dan mustahil hanya kerana kita adalah pelajar separuh masa dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa 5 kali sehari. Apatah lagi kadang kala wajib kita turut ditugaskan untuk bertugas lebih masa pada hujung minggu..seperti saya...:)

       Sebenarnya ia adalah tidak mustahil dan bagaimana anda boleh melakukannya..that is easy...study smart not study hard. Cara pembelajaran juga perlu diubah dan berani saya nyatakan kita perlu berubah 100% tentang cara belajar dalam keadaan masa yang amat terhad...

Jadi saya akan kongsikan caranya dan berkongsi dengan lebih lanjut dalam sesi akan datang...


Sunday, April 1, 2012

Final year...yahoo...

Tahun 2012 adalah tahun yang ditunggu-tunggu. Hati kembang dek kerana gembira ibarat bunga mekar setaman..Ya la tahun ni adalah tahun akhir saya dan kini belajar di part 7th.Walaupun masih lagi berbaki satu semester hati gembira tuhan saja yang tahu..dan pada masa yang sama saya turut merancang fasa lain dalam kehidupan..

Kawan-kawan, untuk sampai ke tahun akhir bermacam-macan dugaan yang ditempuhi..Selain belajar, tanggungjawab sebagai ibu juga amatlah berat dan pada masa yang sama perlu memikul tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan..

Bayangkan bagaimana untuk menjadi ibu yang sempurna buat anak, isteri kepada lelaki bergelar suami, cuba menjadi pelajar terbaik untuk diri sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi kerja tanpa sebarang alasan...ia adalah bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kekuatan rohani, mental dan fizikal pada setiap masa.

Walau apapun yang akan terjadi, semangat mesti kuat. Saya pernah berkata kepada diri sendiri,tidak ada istilah menyerah kalah untuk berjaya walau dimana kita berada...Yakin boleh kita pasti berjaya...!

Saturday, March 31, 2012

Mengapa AM228

Kepada anda yang masih dalam dilema untuk memilih kursus yang manakah akan dipilih nasihat saya, tepuk dada tanya hati..Pastikan apa yang dipilih adalah yang terbaik dengan kehendak diri.

Suka untuk berkongsi pengalaman disaat  menerima tawaran manyambung pelajaran dan seterusnya semasa diperingkat pendaftaran pelajar-pelajar baru epjj Uitm, saya ditemani suami seawal pagi menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat disebelah petang..

Dari pemerhatian saya kursus AM228 iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) adalah pilihan ramai pelajar pada masa itu.AM228 adalah courses favorite pelajar pada masa itu dan sehingga hari ini saya masih yakin AM 228 adalah menjadi pilihan utama semua pelajar separuh masa.Lain-lain kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di www.ined.uitm.edu.my.

Masa yang diperuntukkan untuk melengkapkan seluruh semester adalah 10 semester (5 tahun). Namun ia bergantung kepada jumlah kursus yang diambil setelah ditolak dengan pengecualian kredit.

Antara killer subject ialah Organization Behavior, Quality Management, Project Management, Strategic Management, Knowledge Management, dan Law. Sabjek-sabjek ini saya kategorikan sebagai sabjek yang agak mencabar kerana ia memerlukan time management yang betul bagi memastikan kesemua topik yamg diajar dapat dikuasai dengan baik.

Langkah pertama...AM228 @ 2008

Hi semua...
Suka untuk saya berkongsi perasaan disaat membuat keputusan untuk menyambung pengajian diperingkat ijazah setelah menamatkan pengajian Diploma tahun 2004 yang lalu..

Tahun 2007 saya telah mula bertugas sebagai penjawat awam sebelum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran pada 2008. Pada masa itu saya bertugas di Johor Bharu dan baru saja melahirkan anak sulung. Benar, ia adalah satu keputusan yang besar mengenangkan pengorbanan yang bakal ditempuhi dihari-hari mendatang.
 
 
Niat untuk menyambung belajar adalah murni dan diatas dasar tidak pernah puas untuk menuntut ilmu sehingga hujung nyawa.. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi ia adalah satu kepuasan diri yang bakal merubah hidup dimasa hadapan..InsyaAllah..

So, kepada sesiapa sahaja yang pernah mempunyai niat untuk sambung belajar, jangan sesekali berpaling dari niat yang asal kerana apa saja yang terlintas dibenak itu tandanya kita mampu untuk berdepan dengan segala cabaran. Pedulikan apa saja lontaran negatif yang singgah dibenak kerana yang berdepan dengan cabaran adalah diri kita sendiri dan bukannya orang lain..

Terima Kasih